Wednesday, December 22, 2010

Peserta dari Syarikat

Sehingga kini beberapa siri latihan Bina Semangat dan Motivasi berjaya dijalankan oleh Raudah Management. antaranya ialah Kursus Motivasi dan Jati Diri kepada kumpulan syarikat Risda Malaysia.

Kursus ini dijalankan di kem kami iaitu Kem Sri Raudah bertempat di Batu 12 1/5 Jalan Gombak. Kem ini sangat selesa dengan berkonsepkan suasana kampung dengan dikelilingi oleh alam dan fauna semula jadi dan sungai yang jernih dan sejuk terus dari bukit bukau hijau yang mengelilingi kem kami.

Kem ini sangat aktif dengan penyertaan dari sekolah seluruh negeri Selangor, jabatan kerajaan dan pihak swasta. Hujung minggu adalah hari yang amat
sibuk bagi warga kem mengendalikan
 program-program latihan ini.


 






Antara program yang disediakan ialah jungle tracking, repelling, flying fox, night solo, team building, fishing camp,  paint ball , meredah lumpur dan banyak lagi termasuk challet kepada individu bagi  menikmati  suasana kehijauan jauh dari hiruk pikuk kota... disini adalah tempat yang amat sesuai bagi tujuan itu. Lihat beberapa photo menarik ini.

Beberapa photo lagi boleh dilihat di halaman galeri photo kami (akan dikemaskinikan).

solat tak pernah lupa. semoga mendapat limpah rahmat, kesejahteraan dan sentiasa dipelihara oleh Yang Maha Kuasa sepanjang kami beriadah di bumi Allah yang dipinjam ini.



berani ka?



meredah tasik dan lumpur

terun curam air terjun guna tali


bersiap sedia menembak tepat



No comments:

Post a Comment