BERITA HARIAN
2010/11/16 SELEPAS genap setahun pemergian vokalis yang juga pemimpin kumpulan nasyid popular, Rabbani, Asri Ibrahim kumpulan itu tetap meneruskan aktiviti persembahan seperti biasa.
Selain aktif mengeluarkan produk berjenama Rabbani seperti Rabbani café dan produk lain, Rabbani juga turut menjadi duta produk Uzai Marketing mengeluarkan produk cucian, minyak wangi Firest grade, duta majalah kanak-kanak iaitu Asuh dan madu Masad PRM.
Jurucakapnya, Azadan Abdul Aziz berkata, mereka terharu dengan kerjasama dan sokongan rakan niaga dan peminat selama ini yang terus menyokong Rabbani biarpun tanpa Asri.
“Insya-Allah selagi di beri ruang kami akan meneruskan tanggungjawab ini sebagai amanah dari arwah Asri yang selalu menasihatkan kami supaya dapat memberi yang terbaik kepada semua peminat dan rakan yang sentiasa menyokong kami.
“Pada Aidiladha ini, Rabbani bersama rakan niaga dari RTT dan Adi mega akan mengadakan Majlis Aqiqah dan Qurban Aidiladha yang akan di adakan pada 20 November di Banghuris Homestay kampung Hulu Chuchoh, Sepang Selangor. Selain acara penyembelihan lembu juga di adakan jamuan Hari raya Aidiladha dan juga persembahan dari Kumpulan Rabbani.
“Bagi kumpulan Rabbani iktibar yang boleh di ambil sempena Hari raya Aidiladha atau raya Qurban ini adalah seperti contoh pengorbanan Siti Hajar yang reda selalu di tinggalkan suami iaitu Nabi Allah Ibrahim.
“Semoga pengajaran yang kita boleh ambil daripada sejarah nabi Allah Ibrahim, Siti Hajar dan anakndanya Nabi Ismail itu menjadikan kita insan yang banyak bersabar dengan ujian yang menimpa dan bersyukur dengan apa yang di tentukan untuk kita,” katanya.
Menyentuh aktiviti kumpulan Rabbani sempena cuti sekolah yang tidak lama lagi, Rabbani akan mengadakan aktiviti santai bersama peminat, ia diberi nama Kem bersama Rabbani yang akan di adakan pada 29 dan 30 November di Kem Sri Raudah Batu 12, Gombak, Selangor.
Pakej dua hari satu malam bersama Rabbani itu akan di kenakan bayaran sebanyak RM95 termasuk pakej penginapan dan makan minum.
Pelbagai aktiviti menarik disusun sepanjang Kem Bersama Rabbani yang mengkhususkan pelajar berusia lapan hingga 17 tahun saja yang layak mengikutinya.
“Semoga dengan adanya aktiviti yang di susun ini akan memberi kebaikan kepada pelajar supaya lebih bersedia berhadapan dengan gelombang kehidupan yang penuh pancaroba.
“Kem Bersama Rabbani ini juga akan memberi pendedahan kepada pelajar remaja mengenai tips untuk cemerlang dalam pelajaran,” kata Azadan.
copy dari : http://www.bharian.com.my/articles/Rabbanianjurkembersamapelajar/Article/
No comments:
Post a Comment