24/01/2011 9:31pm
KUALA TERENGGANU – Polis berjaya menumpaskan kegiatan satu kumpulan curi motosikal yang dipercayai bergerak aktif di Terengganu dan Pahang sejak beberapa bulan lalu, selepas lapan lelaki kebanyakannya remaja, ditahan di Kemaman, tiga hari lepas.
Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Hamzah Md Jamil berkata, kesemua mereka yang berumur antara 17 dan 26 tahun itu ditahan di kawasan Geliga, Kemaman kira-kira pukul 3 petang hasil maklumat orang awam.
Beliau berkata, polis turut menemui semula sebuah motosikal yang dipercayai dicuri, serta pelbagai komponen motosikal ekoran penahanan itu.
"Dengan penahanan mereka, polis percaya dapat menyelesaikan sekurang kurangnya 10 kes kecurian motosikal di Kemaman serta Beserah, Pahang, dan polis masih berusaha mengesan beberapa lagi anggota kumpulan itu,” katanya pada satu persidangan media di sini hari ini. – Bernama
No comments:
Post a Comment