Saturday, February 12, 2011

sambutan hari valentine

Jakim jelas tentang sambutan Hari Valentine

12/02/2011 6:37pm

PUTRAJAYA — “Amalan merayakan Hari Valentine atau Hari Memperingati Kekasih yang tiba setiap 14 Feb tidak pernah dianjurkan oleh Islam.
"Roh perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam,” inilah kata putus Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia yang bersidang buat kali ke-71, hampir enam tahun yang lalu berkaitan Valentine Day.
"Islam tidak menolak apa sahaja yang baik yang datang dari Barat apatah lagi jika ia berkaitan dengan berkasih sayang,” kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.
Namun katanya Islam juga pada masa yang sama akan menolak sesuatu yang datang waima dari Timur sekalipun jika ia bertentangan dengan prinsip dan amalan agama Islam.
Wan Mohamad berkata, Islam bukan agama yang menyekat atau menghalang untuk penganutnya meluahkan kasih sayang tetapi apa yang disekat adalah perbuatan maksiat yang dilakukan semasa menyatakan kasih sayang itu. — Bernama

Thursday, January 27, 2011

Hilang ikut pengkid

Oleh NUR AISHAH AMIN
nuraishah.amin@kosmo.com.my




YUSNASHUHA sugul ketika menceritakan mengenai pengkid di Ampang semalam.



KUALA LUMPUR – Lemas dengan belaian dan layanan yang diberikan oleh pengkid menyebabkan seorang remaja perempuan ‘lupa’ kepada keluarganya hingga dia enggan kembali semula ke pangkuan mereka sejak menghilangkan diri dua bulan lalu.
Bagaimanapun, kedegilan Yusnashuha Yusoh, 13, untuk pulang ke rumah keluarganya di Kampung Kolam Abu, Machang, Kelantan berakhir apabila dia ditemui pukul 1 pagi semalam di sebuah rumah di tingkat 14 Kondominium Vista Saujana, Kepong, di sini, milik seorang pengkid bernama Mail (bukan nama sebenar).
Ketika ditemui oleh kakaknya, Yusrina Yusoh, 33, anak bongsu daripada 10 beradik itu dikatakan sedang beristirehat kerana baru sahaja pulang daripada rumah rakannya di Pandan Indah, Ampang. Ketika itu Mail, 20-an, turut berada di rumah tersebut.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Monday, January 24, 2011

Polis tumpas sindiket ( remaja ) curi motosikal

24/01/2011 9:31pm
KUALA TERENGGANU – Polis berjaya menumpaskan kegiatan satu kumpulan curi motosikal yang dipercayai bergerak aktif di Terengganu dan Pahang sejak beberapa bulan lalu, selepas lapan lelaki kebanyakannya remaja, ditahan di Kemaman, tiga hari lepas.
Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Hamzah Md Jamil berkata, kesemua mereka yang berumur antara 17 dan 26 tahun itu ditahan di kawasan Geliga, Kemaman kira-kira pukul 3 petang hasil maklumat orang awam.
Beliau berkata, polis turut menemui semula sebuah motosikal yang dipercayai dicuri, serta pelbagai komponen motosikal ekoran penahanan itu.
"Dengan penahanan mereka, polis percaya dapat menyelesaikan sekurang kurangnya 10 kes kecurian motosikal di Kemaman serta Beserah, Pahang, dan polis masih berusaha mengesan beberapa lagi anggota kumpulan itu,” katanya pada satu persidangan media di sini hari ini. – Bernama

Balasan rogol murid (retua yang bermasalah)

Oleh ADHAM SHADAN
adham.shadan@kosmo.com.my

<>

 


KOTA BHARU – Selepas lima tahun dibicara, Mahkamah Sesyen di sini semalam akhirnya menjatuhkan hukuman 12 tahun penjara berserta dua sebatan ke atas seorang guru kerana didapati bersalah merogol anak muridnya yang berusia 12 tahun ketika kejadian.
Hakim Zainal L. Saleh memutuskan hukuman itu ke atas Mohd. Saidi Che Tengah, 44, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes tanpa keraguan munasabah ke atas dua pertuduhan rogol yang dihadapkan ke atas bapa kepada lapan anak itu.
“Ini kesalahan serius. Faktor kepentingan awam juga saya ambil kira dalam memutuskan sesuatu hukuman yang dapat memberikan pengajaran kepada kamu dan seterusnya dapat menghantar mesej kepada masyarakat supaya tidak melakukan kesalahan yang sama.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.


MOHD. SAIDI diiringi keluar dari Mahkamah Sesyen selepas dihukum penjara 12 tahun semalam.

Wednesday, December 22, 2010

Keratan dari KOSMO

untuk mendapatkan maklumat lebih jelas, artikal ini diambil dari:

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0222&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm

Rekreasi dan jariah

Satu bertujuan melatih kecergasan fizikal manakala satu lagi memperbaharui pemahaman ketuhanan dan tujuan hidup. Di pinggir sebuah kawasan rimba Gombak, Selangor, kedua-dua lokasi ini saling melengkapi dan bergerak ke arah matlamat yang sama.



SIAPAKAH anak-anak kita pada hari ini tanpa perhatian dan kasih sayang ibu bapa? Bagaimanakah masa depan mereka tanpa pendidikan sewajarnya? Apakah pula perjalanan hidup mereka jika tidak diajar tentang garis panduan dan pedoman agama?
Mungkin persoalan ini bermain dalam fikiran Mokhtaruddin Mohd. Said, 65, ketika dia tinggal di sekitar kawasan Chow Kit, Kuala Lumpur pada zaman mudanya.
Melihatkan perilaku anak-anak Melayu Islam sebaya beliau ketika itu yang memperjudikan akhlak mulia, terlibat dalam penyalahgunaan dadah, alkohol dan pergaulan bebas, seakan-akan sesuatu telah tercetus dalam hatinya. Ditambah pula seruan kebaikan yang datang melalui mimpi yang menyusup ke dalam hati Mokhtaruddin.
Dia mahu melakukan sesuatu perubahan, hinggakan dia nekad untuk berehat daripada dunia lakonan. Ya, Mokhtaruddin yang lembut tutur bicara dan berserban ini pernah menghiasi layar perak sekitar tahun 1970-an dengan muncul sebagai hero dalam filem dan drama di samping Uji Rashid, Teh Faridah dan Maria Arshad.



Hakikatnya, walau apa pun perubahan yang dilihat, Mokhtaruddin masih lagi seorang hero. Selepas meninggalkan kediaman di Chow Kit sekitar tahun 1986, namanya kini diangkat sebagai wira di kalangan individu yang telah dipelawanya bernaung di bawah Pertubuhan Penyayang Raudhah di Batu 11, Gombak, Selangor.
Di pusat asuhan yang dibina dengan kemasan dan kelengkapan serba sederhana itu, seramai 95 orang anak-anak seawal usia lapan hingga belasan tahun mengenal erti sokongan kekeluargaan, tujuan hidup, cinta pada ilmu serta ajaran agama.
"Anak-anak yang terperangkap dalam gejala sosial akan berterusan menjadi liar dan 'memusuhi' persekitarannya kerana hidup mereka tidak mengenal didikan agama," ujar Mokhtaruddin ketika ditemui di pondok asuhan yang serba sederhana itu.
Mesra melayani anak-anak Raudhah yang memanggilnya 'abuya', atau 'ustaz' di kalangan tetamu luar, Mokhtaruddin percaya bahawa setiap permasalahan ada penyelesaiannya.



Bersama kumpulan tenaga pengajar terpilih, bapa kepada 10 orang cahaya mata itu menjadikan pekarangan rumah anak-anak yatim Raudhah itu sebuah tempat untuk memulihkan jiwa yang keliru dan tidak terarah.
"Siapa pun mereka ini, baik anak yatim, terpinggir akibat kedaifan keluarga, bohjan, bohsia, mahupun mat rempit, ada asas yang boleh menghindarkan mereka daripada terus hanyut dalam hidup," ujarnya yang percaya ubatnya adalah dengan mendekatkan diri kepada Allah dan ajaran-Nya.
Menurut lelaki yang berasal dari Arau, Perlis ini, perkara pokok adalah pemahaman tauhid dan fardu ain yang ditekankan melalui kemahiran komunikasi dan motivasi. Taat pada tuntutan sembahyang lima waktu, pesan Mokhtaruddin, ialah tiang kepada segala usaha ke arah kebaikan.
"Mereka ini ada masa depan yang lebih baik daripada apa yang sedang dilalui sebelumnya dan kita tidak sepatutnya berpaling muka dan tidak mempedulikan mereka," tegas Mokhtaruddin yang berharap agar usaha dakwah Islam dipergiatkan di seluruh negara demi menyelamatkan anak-anak bangsa.



Begitupun murni tujuan Raudhah, ada faktor lain yang menentukan kelancaran perjalanan operasinya. Setiap bulan, kira-kira RM9,000 diperlukan bagi menampung kos makanan, pendidikan, kelengkapan dan pembayaran bil elektrik dan air.
Setakat ini, pusat asuhan itu memanfaatkan wang yang disalurkan daripada pihak tertentu termasuk sebahagian hasil pendapatan Kem Sri Raudhah. Pada masa yang sama, anak-anak Raudhah juga diajar berniaga gerai makan di hadapan jalan masuk ke pusat asuhan itu.
"Pondok ini masih bertahan dan terus menjalankan fungsinya. Insya-Allah berkat doa dan sumbangan daripada pihak yang prihatin, segalanya dipermudahkan Tuhan," ujar Mokhtaruddin.




MOHAMAD BISMI

Menurutnya,
Pertubuhan Penyayang Raudhah sangat berbangga kerana sudah melahirkan lebih 20,000 anak-anak asuhan sejak penubuhannya lebih sedekad lalu.
"Mereka kini telah mampu berdikari. Ada yang berjaya ke universiti dan mendapat pekerjaan yang baik. Ada di antara mereka yang terus bertanya khabar dan datang menjenguk pondok Raudhah ini semula.
"Inilah Raudhah... rakan untuk didik akhlak dan hati," ujar Mokhtaruddin tersenyum.
Kunjungan seterusnya membawa kami ke sebuah kawasan pinggir bukit yang terletak di Batu 12, Gombak. Di atas tanah seluas empat ekar itu, kesungguhan menjadi kata kuncinya.
Kesungguhan itu bukan sekadar ditemui pada wajah pengusaha dan petugas kem, malah jika diteliti semangat itu terserap pada reaksi sekalian tetamunya.
Sewaktu EKSTRA membuat kedatangan mengejut ke Kem Sri Raudhah (KSR) untuk meninjau kemudahan dan perkhidmatan, para petugas kem yang terdiri daripada jurulatih pakar, fasilitator dan krew aktiviti dilihat sedang komited mengendalikan program untuk kumpulan penuntut Indonesia yang ditaja kedutaan negara itu.
"Sehingga kini KSR telah banyak dipertanggungjawabkan bagi pelaksanaan program untuk pelajar-pelajar sekolah, penuntut institusi pengajian tinggi, pekerja syarikat hinggalah kepada kumpulan korporat," ujar Pengurus KSR, Mohamad Bismi Adira, 29.
Bismi memberitahu, KSR sejak lebih 15 tahun lalu telah menarik minat kumpulan yang mahu mengikuti program seperti kem kecemerlangan, motivasi, kem ibadah, hari keluarga, bina insan dan juga kem riadah cuti sekolah. Modul acara turut disediakan oleh pasukan petugas kem yang berpengalaman.
Menilai aspek keselesaan bilik penginapan hinggalah kepada kemudahan aktiviti rekreasi di KSR, boleh disimpulkan betapa pelaksanaan program bermanfaat berjaya diadaptasi dalam persekitaran berkonsep kampung di situ.
"Kami bersyukur ramai yang memilih kem kami. Tempahan penginapan dan kendalian program di sini tidak putus-putus sepanjang tahun.
"Kami ingin mencurahkan kemahiran kami kepada tetamu kem melalui pelbagai kaedah. Penekanan budaya bantu-membantu menjadi falsafah KSR," ujar anak lelaki Mokhtaruddin ini.
Pakej yang disediakan di KSR boleh dilaras mengikut kemampuan pihak yang berhajat. Perbincangan peringkat awal akan memutuskan jenis pengisian program yang diinginkan. Lazimnya, penyusunan aktiviti akan diselaras berdasarkan keperluan dan matlamat program.
Memang benar, bagi kumpulan minimum 100 orang, KSR menawarkan pakej program 2 hari 1 malam yang berharga RM50 seorang. Semua itu termasuk kos penginapan, makanan, pengurusan aktiviti dan juga perunding program.
Apa yang mungkin ramai tidak tahu adalah sebahagian daripada pembayaran itu disalurkan untuk rumah anak yatim Raudhah (Pertubuhan Penyayang Raudhah).
"Saya sebagai anak kepada pengasas Pertubuhan Penyayang Raudhah tentu sekali terpanggil untuk membantu kos operasi rumah anak-anak yatim tersebut. Sebenarnya kami tidak menggalakkan malah tidak mahu anak-anak Raudhah sepanjang masa meminta derma," ujar Bismi.
Baginya, perkhidmatan dan pengalaman di KSR adalah pulangan kepada wang yang telah dikeluarkan oleh tetamu yang menginap di kem tersebut.
"Saya berharap agar orang akan terus datang ke kem ini untuk mengikuti program yang disediakan. Sambil berseronok, mereka sebenarnya telah menyumbangkan sesuatu ke arah kebajikan. Semoga ia menjadi jariah yang berpanjangan," ujar Bismi.
MOKHTARUDDIN percaya salah laku moral anak-anak muda hari ini boleh diubati dengan pendekatan ayat-ayat suci al-Quran.


TITI gantung ini adalah antara kemudahan riadah yang mengajar seseorang tentang keyakinan diri dan kerjasama berkumpulan.

BIARPUN dalam suasana yang sederhana, calet Kem Sri Raudhah cukup selesa untuk penginapan berkumpulan sepanjang mengikuti program motivasi.

Program di Pondok Penyayang Raudah

Salam Perjuangan... Cheering others with one hand of LOVE






copy dari : http://saifulhamid.blogspot.com/2010/02/community-service-at-pondok-penyayang.html

Pondok Penyayang Raudah

Pondok Penyayang Raudhah, Gombak…

dsc_1706
dsc_1796
dsc_1784
dsc_1778
dsc_1761
dsc_1737
dsc_1727
dsc_1723
dsc_1719
dsc_1707
Pondok Penyayang Raudhah, Gombak… bersantai bersama mereka… hehe…saje upload…

copydari : http://mypixelarts.com/amz/archives/278